Betul ke kau berkuasa bila kau kat atas?
Assalamualaikum yeorobun,
Korang nak tau tak?
Kalau tak nak tau pun, aku nak btau jugak. blog aku, kisah pulak aku dengan korang.
Bhahahahah
Aku kan dah 11 tahun berkhidmat dengan tempat keje aku ni. Senang atau susah? yelah, 11 tahun kira lama gak kan.
macam anak kau dah habis sekolah rendah kan.
the point is, aku dalam 11 tahun kerap la dengar , manusia yang nak naik pangkat ni kononnya nak ubah sistem dan setting
tapi majoriti end up tak buat pape pun
malah sama dan makin teruk pulak aku tengok
contoh macam kat tempat kerja aku,
orang atasan aku nampak tau apa yang berlaku kat tempat keje aku ni
ada staf yang malas, mengelat, dan suka cari alasan untuk tidak bekerja
ada yang depan cakap lain, belakang cakap lain
kaki kipas tu toksah cakap la dik, menyampah
tapi sebab pandai guna ayat manis, buat lawak bodoh yang tak kelakar, so orang atasan rasa terhibur la
dorang lebih suka bela orang macam ni untuk puaskan nafsu dorang
walaupun orang-orang macam ni buat salah terang-terangan
tapi bila bab event, kerja, data, dorang akan cari orang yang terpaling function macam aku ni
sebabnya, nak penuhkan KPI dorang
jijik kan perangai
korang mesti tanya " kenapa tak buat aduan?"
aku ni dah berbuih mulut mengadu benda yang sama
tapi takde tindakan pun
malah staf tu siap dapat anugerah perkhidmatan cemerlang lagi
Kau rasa??
Aku kecewa dengan orang atasan yang bagi aku lembap, tak cekap dan tak patut jadi orang atasan
sebab dorang ni luaran je nampak macam ada kuasa
tapi hakikatnya mereka ni loser
kalau nak cakap aku bangga diri sebab servis berjalan sebab orang bawahan, YES I AM!!!
kalau kami orang bawahan ni mogok kerja, aku rasa lingkup servis ni
Kesimpulannya,
orang atasan ni,
bagi aku tak power pun
sebab mereka ni PENGECUT, PENAKUT, PEMALAS dan KAKI BODEK je
semua nak kejar nama
semua nak claim DIA TERPALING BERJASA DAN TERPALING BUAT ITU DAN INI
aku belum jumpa lagi supervisor, bos yang nak bela nasib pekerja bawahan yang teraniaya macam aku ni
so, selepas 11 tahun ni, aku nak stay ke?
aku nak blah dari tempat kerja aku ni
tapi aku kena train budak-budak junior ni supaya servis yang aku setup ni tak hancur dek kerakusan orang atasan mengejar nama
yes, aku pioneer kat tempat ni dan aku bangga sebab team kami yang dulu
mulakan servis di jabatan ni dengan tangan kosong
takde apa-apa
aku kena buat kerja 5 orang (merasa la jadi bola-orang tolak sana-tolak sini)
tapi selepas 10 tahun, orang lain datang nak claim macam-macam and orang-orang ni pulak loser, aku rasa macam hmmmmm...itu je kemampuan korang?
dia macam, kau pakai iphone tapi ko pandai guna untuk call dan whatsapp je
setting kamera dia pun kau tak reti
aku harap ALLAH permudahkan urusan aku untuk keluar dari tempat ni
permudahkan urusan aku untuk train budak-budak junior yang sedia ada
semoga mereka berani bersuara dan pertahankan diri dari dibuli


Comments
Post a Comment